Pages

Pesanan khidmat ringkas dari ~Hati~

(n_n)v


Sunday, July 11, 2010

darahku menggelegak sekali lagi!!!



hari ini... sedang aku melayari internet mencari informasi dan data2 yang berguna untuk di simpan di hard disk otakku... aku tersentak tatkala melalui suatu page di facebook... tersentak hati dengan kata2 seorang yg mengaku dirinya saudara seagama denganku...

hatiku terbakar... hatiku membara sekali lagi... sebelum ini bara itu terbakar  kerana tindakan kejam zlonls yg zalim tanpa peri kemanusiaan mencakar dan merobek2 maruah dan nyawa saudara seagamaku di palestina... tapi kali ini amat berbeza... hatiku begitu terguris... hati begitu terbakar... tercalar kerana ketaksuban seorang insan yg lancang berjuang untuk bangsa yg dicintainya... namun dangkal otaknya dalam menilai agamanya iaitu islam tercinta... dengan tanpa rasa malu... mempersoalkan perjuangan umat islam di sini terhadap nasib hidup umat islam di palestina...


dengan penuh bijaksana pada pandangannya meluahkan kata-kata... tapi pada masa yg sama... menunjukkan betapa dangkalnya pemikirannya... walaupun berhujah dengan kalam Allah... hujahnya hanya memakan dirinya... (nas2 yang dy gune langsung x kene dengan hujah... geram tgk org mcm ni... X(... hurm... )

"Bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w. : Adakah perbuatan asabiyah seseorang itu suka (kasih) kepada kaumnya (bangsanya)? Tidak, tetapi asabiyah itu ialah orang yang menyokong (menolong) kaumnya melakukan kezaliman." 
[H/R Abu Daud dan Ibnu Majah]

bukan dia seorang sahaja yg berpemikiran sebegini... malah ramai lagi yg di luar sana... memiliki pemikiran yg skeptik... skeptik terhadap agama... aduh... penyakit hati... penyakit yg memakan diri... kanser yg mematikan hati nurani dari menerima nur iman dan hidayahNya... semoga kita dijauhi dari sume ni... amiiin... 

“Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai”
[al-A'raaf 7: 179]

yg menghairankan di sini.. apakah perjuangan bangsa di sini adalah perjuangan yg utama?? itu persoalannya... tapi aku tak bermaksud yang perjuangan bangsa itu adalah tidak dibenarkan sama sekali... masalah di sini... perjuangan bangsa yg sedang diperjuangkan sekarang adalah mengenai ketuanan melayu... hak istimewa2 melayu... ~_~"... sedangkan anak-anak melayu yg semakin rosak sekarang adalah kerana terlalu dimanjakan!!! lihat berapa ramai anak luar nikah bangsa melayu?? berapa ramai mat rempit melayu mati berlumba?? berapa ramai melayu bankrup main judi?? berapa ramai melayu mati sebab rokok?? berapa ramai melayu mabuk minum arak?? itu pula tidak diambil peduli??

mungkin ada usaha untuk mengurangkan sume ni... tapi... senang nak cakap la kan... bagai seorang yang ingin kurus... tapi diet makan x jaga...  gemuk jugak... serupa dengan keadaan sekarang.. kita nak anak2 melayu kurang dari segi kes gejala sosial... tapi mcm2 diberi menggalakkan lagi masalah ini semakin kronik... TAHAP ICU dah weh... T_T...

“...Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang melupakan Allah SWT, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri...
 ( Al-Hashr:19 )

dengan sume masalah-masalah dan penyakit yg timbul dalam masyarakat sendiri... mereka masih mencari ruang untuk memanjakan diri!!! dangkalnya otak!!! tolong la... apakah kamu tidak tahu bangsa kamu sedang sakit?? sakit dengan masalah jiwa dan hati?? apakah yang kamu fikirkan hanya kesenangan dunia?? tidak nampakkah kamu agama kamu yg kita semua anuti sekarang ini sedang tenat?? sedang teramatlah sakit?? Islam memerlukan kamu dalam memberi dan sokongan moral!!! bukan makanan dan perabot2 mahal serta layanan ekslusif di hospital!!!! apekah kamu tidak pernah fikir tentang itu?? tolong la... jangan kerana kamu inginkan nikmat dunia.. agama jadi gadaiannya... agama bukan bende untuk digadai... tetapi sesuatu yg perlu dijaga dan dihormati... bukan untuk kamu main2kan...

hanya kau perjuangkan nasib bangsamu... agama jadi gadaiannya... (T_T)... adakah begitu nilai agamamu itu kepadamu...

ade satu cerite tentang betapa skeptiknya masyarakat kite terhadap agama... diambil dari saifulislam.com...
mari kite baca dan hayati... Patriotisme Bukan Cinta Paksa...

hanya doa ku iringkan agar hidayahNya tidak akan putus ke atashamba2Nya... (T_T)... semoga hidayahNya membawa mereka ini ke jalan yang diredhaiNya...

“Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka” Maka salah seorang sahabat bertanya,”apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w menjawab, “bahkan kamu pada hari itu ramaisekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab,” CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI” 
[Riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh al-Albani]
Ya Allah ya tuhanku... kami mohon padamu Ya Allah.... peliharalah hati kami dari kesesatan yang nyata... peliharalah hati kami dengan taufiq dan hidayahMu ya Allah... jgn kau putuskan hidayahMu dari kami ya Allah... Ya Rahim... kami berlindung denganMu ya Allah dari enyakit hati yg semakin menimpa ke atas umat kami ya Allah... semoga kami sentiase berada naungan redha Mu ya Allah... amiiin ya rabbal alamin... (T_T)

0 comments: