Pages

Pesanan khidmat ringkas dari ~Hati~

(n_n)v


Monday, November 22, 2010

sudah lama tak berleter dekat teratak kalbu tercinta ni... mungkin terlalu sibuk untuk menulis dan mencoret... mungkin sekali tidak bernafsu untuk melayar laman sesawang...

rasa sayu bila log in ke teratak kalbu... mungkin sudah terlalu lama tidak melawat masuk... mata liar melilau update2 baru sahabat2 lain... tangan laju meng"klik" setiap link2 update... rase seronok membaca update2 yg membina... jazakumullahu khairan jaza' kerana sudi berkongsi pengisian yang penuh dengan motivasi2 buat hati yang membaca... (^__^)... seronok membacanya...

hati amat tertarik dengan satu pengongsian dari saudara brohamzah... entry Cahaya Hati benar2 menyentuh hati... ya... satu bahagian tubuh yg mana jika elok bahagian itu... maka eloklah seluruh tubuh... jika ia sebaliknya... maka sebaliknya jualah keadaan seluruh tubuh... itulah hati kita...

mata saya tidak berhenti di situ... ia terus melilau... mencari cebisan2 nota peninggalan sahabat2 lain... seronok rasenye dalam hati bila dapat melayar laman sesawang... satu demi satu entry dibaca... semuanya menarik... celoteh Pak Lah yang wat saye senyum sorang2... haha... si JEBAT yang penuh dengan informasi mengenai isu semasa... n banyak lagi... x dan nak nulis... :D... huu

last sekali saya terbace satu entry... ringkas dan pendek... namun dalam dan tepat menusuk ke kalbu... saya termenung... adakah aku terlalu meminta dalam hidup yg terlalu singkat ni... banyak ujian yang berlaku akhir2 ni... terase lemah dan tak berdaya... memang setiap orang inginkan sinar harapan dalam hidup mereka... ingin pelangi indah mewarnai segenap ruang hati... tapi ramai yg x ingin melalui hujan dan gerimis yang membasahi...

terus terpaku di depan kaca monitor lcd acer p205h yang semakin uzur... sesi muhasabah bermula... ikrarku yang dulu mesti ditunaikan... lelah dengan ujian yang xberhenti mendatang mesti segera dilupakan... ya.. saya sudah lama tidur... tidur untuk melarikan diri dari semua masalah yang mendatangi...

lari bukan satu jalan... tapi gaung membunuh diri... saya tidak mahu terkubur sepi dengan semua masalah... saya perlu bangkit dari semua ni... ya.. jalan itu sakit... jalan yang satu itu memang memeritkan... percaya dengan janji-Nya... kerana Dia tidak pernah dan tidak memungkirinya...

Ya Allah... jangan engkau pikulkan kami dengan ujian yang kami x terdaya memikulnya...

Ya Allah.. janganlah engkau palingkan hati kami sesudah engkau memberi hidayah dan petunjuk-Mu kepada kami...

maafkan lah dan ampunkanlah dosa-dosa kami... sesungguhnya Engkaulah tempat kami berserah dan meminta pertolongan... amiiin...

Monday, October 18, 2010

satu kisah cinta seorang Ibu...

diri ini tidak pandai berkarya... salu copy paste je... tertarik sangat3 dengan cerita ni...  (n___n)

================================

Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "
Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..
Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya.
"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."

Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,
"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.
Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.
Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .
Lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..
Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.

Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil.
"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..

Mak takut pada Allah.
Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain..

"Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.
Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."

emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.
Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,

"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.

Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..

Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa...

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. ."

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha

"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..

Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya....

=================================

Kasih ibu..tak ada pengakhiran..xseperti cinta sesama manusia..kita tak tahu bila hati kita akn dipalingkan walaupun kita berusaha untuk setia..

tak ada ibu yang mahu anaknya menconteng arang di mukanya..tak ada ibu yang percaya anak y dididiknya tidak mengikuti didikannya..melainkan kalau ia telah terbukti..

lembutnya hati ibu,sedia memaafkan diri walaupun anak telah buncit dikerjakan orang,walaupun anaknya sudah ternoda dek sentuhan lelaki,walaupun anaknya telah merosakkan anak dara orang lain...

lembutnya hati ibu,lebih rela menyalahkan diri sendiri walaupun ia bukan salah ibu mengandung...=(

IBU...
EMAK..
MAMA..
UMMI...
MUMMY...
MUM..

semuanya 1 dalam seribu..tiada pengganti dan tiada y terbaik selainnya..

Wahai muslim n muslimah budiman...
bayangkanlah wajah ibumu..
bila kamu dilanda gelora cinta..
bila kamu ingin masuk ke pelukan pasanganmu..
bila kamu ingin berbicara melebihi batasan bersama pasanganmu..
bila kamu ingin membalas semula cinta dr insan y xhalal bgmu..
bila kamu terfikir utk melakukan dosa...
bila hatimu berdebar atas perbuatanmu...
bila kamu sudah melupakan ibumu akibat hebatnya panahan cinta itu.....
bila2 masa sahaja...

agar kamu tahu...
kepercayaan yang dipatri oleh ibumu terhadapmu...
tak mungkin akan dimiliki lg andai engkau cairkan...

agar kamu tahu...
apabila ibumu terluka...
tercatat sudah namamu sbg anak derhaka...

agar kamu tahu...
bahawa dialah insan yang melahirkn n mmbesarkanmu..
dgn titis susunya..
dgn sedaya upayanya..
dgn 1 juta pngorbanan y xmungkin kau balas....

PELIHARA DIRIMU.....(T____T)

sumber: Amirul Mukminin

bingkisan kalam nurani... jelajah hati... ^^

Eksplorasi

 


 

Telusuri maknawi menjejak hakiki
Amanah suci khalifah di bumi
Jelajahi duniawi menuju ukhrawi
Amalan murni mengadap Ilahi

Eksplorasi diri membaca zahiri
Menyingkap realiti yang tersembunyi
Eksplorasi hati mengungkai nubari
Cerminan peribadi bias tulus budi

bertemu berpadu dalam di dalam restu
Berkias bermadah dalam santun ilmu
Berpautkan iman tenteram aman
Bersandarkan rahmat sentosa selamat

"Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi
Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari
Yang mengiringi

Bukan mudah memiliki mutiara kasih
Tanpa diselami lubuk hati nurani
Ke dasar rasa yang paling dalam
"



(n_______n)v....

Sunday, October 17, 2010

AZIMAT IBUNDA TERCINTA.. :D

AZIMAT IBUNDA





langit kirmizi menghantar dirimu menuju jln pulang
hari-hari indah bersamamu bertaburdi tanah kenangan
wajah berona simpati kau tatapi buatkali t'akhir
sedih & sayu dari kamar atma mengundang air mata

Hanya rindu & doa buatmu
semoga kau tenang dan bahagia
agar syurga menjadi milikmu
bukan hanya di telapak kakimu

menumpang di segenap ruang yg ada di lubuk p'kasihan
begitu indah setiap detik di dlm rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu

setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam

di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan
bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu
tiada yg terindahdiduni dapat mengganti hilangmu
pilahan yg terbaik takkan dapat mengisi relung hatimu
Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com

AMAN... ^^

AMAN


Yang dulu ramainya kita miliki bersama
Ke mana hilangnya hidup yang bahagia
Kelembutan dalam bermesra
Kemanisan dalam bicara
Seni pekerti insan dunia
Si kecil kini merana yang tua rasa sengsara
Dalam sedar atau lena tiada hidup bersama

Persaudaraan lesu, kasih sayang kelabu
Mencium berdebu menjadi candu nafsu
Membangkai sanubariku tidak lagi cinta diburu
Yang ada cemburu melulu membunuh hatiku
Cintaku rinduku, jiwaku pada-Mu
Doaku pohon restu kasih-Mu sayang-Mu
Rahmat-Mu Tuhan Yang Satu
Kurniaan-Mu untuk hamba-Mu oh…

Gegak gempita bila segala berubah hala
Sandiwara bermula bermadah kata nista
Yang mana harus aku percaya
Wajah yang jujur berkata dusta
Gila kuasa tamak haloba pengaut harta dan sakit jiwa
Ikut ah… turut ah… ku sanggah…
Katamu janjimu tak perlu
Aku sahut ku berpaut tidak hasrat bukan takut
Ku bukan pak turut

Kita harus bersatu, ayuh kita laungkan bersama
Suara keamanan sejagat manusia
Menyemaikan cinta, menyuburkan sayang
Agar dunia aman sentosa

Sayu satu sendu aku tahu itu mengganggu
Syahdu pilu jiwaku
Kerna cinta hanya tiba bila rasa kecewa
Hiba tanpa dirinya
Usah resah rasa susah endah pada tak gundah
Tumpah darah tak kisah
Bukankah insan telah dicipta saling kasihan untuk teguhkan
Kemanusiaan dan peradaban bukan alasan

Bukan pengkhianatan tapi keikhlasan dan kejujuran
Bukan pergaduhan bukan peperangan

Adakah mungkin, ada pemimpin mampu memimpin
Kami ingin dipimpin
Dari yang pedih, perih dan jerih
Harapkan kasih, sayang bukan ditagih
Harap yang keruh juga yang rapuh menjadi teguh
Mampu kita berteduh
Kacau beralih kini berkasih, sayang beragih
Nikmat Tuhan pengasih
Kedamaian keamanan

Kita harus bersatu, ayuh kita laungkan bersama
Suara keamanan sejagat manusia
Menyemaikan cinta, menyuburkan sayang
Agar dunia aman sentosa

Harga sekuntum C.I.N.T.A

Harga Sekuntum Cinta




 
Pada redup renungan berkaca
Terkolam riak sesal dan kecewa
Dialah yang semalam ditewas dunia
Tergetis keasyikan dosa

Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai

Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi

Lupakanlah dia pendusta yang setia
Kembalilah pada hidup lebih bermakna

Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya

Leraikan gelora lepas di laut rasa
Nyala asmara telah sirna
masih ada sinar suluh hidup bahagia
Rayulah cinta-NYA


Album : Eksplorasi
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com

Saat lafaz itu...



Heningnya Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda


Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya  

Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Chorus

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

saat lafaz sakinah
Far East.... enjoy... (^____^)v

Wednesday, September 8, 2010

mahu... tapi... tak boleh lagi la...

setiap tempat di internet yang ku kunjung... rata-rata meriah dengan suasana bertukar ucapan salam lebaran eid mubarak... facebook... friendster.. blog... huhu... yang paling meriah sekali dekat fesbuk r...macam-macam jenis gambar salam lebaran ade... tag sana... tag sini... huuu...

aku seronok tengok sume kawan-kawan aku masing-masing happy nak sambut raya... sape la yg tak happy nak menyambut hari kemenangan tu... siap dapat duit kowt hari tu... kalau ade rezeki la... n kalau muke stay mude mcm aku ni... memang senang r dapat duit raye.. :D.. ahaks...

tapi tengah semua happy-happy ni... maaf lah... aku x dapat membalas ucapan korang lagi... sebab ape??? mood raye memang dah ade... baju raye dah siap beli... cume... entah... dalam hati ni... rase x layak nak menyambut hari kemenangan tu dengan kegembiraan kejayaan...

entah... bile aku check balik ramadhan aku tahun ni... aku rase banyak kelemahan... sedih ade... mcm2 perasaan campur tolak sume... nak luah memang susah... huhu... senang nak cerita... aku x bersedia nak mengungkapkan lagi ucapan hari kemenangan tu...

jika aku betul bersedia nak menang dalam bulan ramadhan ni... baru aku ucap kat korang semua... (n_n)...

tapi ramadhan tinggal 2 hari je lagi... hari ni... dengan esok... malam esok terawikh dah xde... adeh... T____T... memang terase ruginye yang amat... x tawu la... lepas habis ramadhan ni... kene buat complete checklist untuk satu bulan terus... perbaiki diri... (T_____T)...

aku memang x dapat nak balas ucapan-ucapan korang lagi... x tawu la korang bace blog aku ke x... tapi... harapnya korang semua tak terase hati sebab aku x balas ucapan-ucapan korang sume... huuu... T____T...

"aku mengharapkan ramadhan...
kali ini penuh makna...
agar dapat ku lalui dengan sempurna...

tapi ujianmu banyak menduga...
dengan mehnah dan ujian dunia...
aku tersungkur di depan pintu syurga...

hari kemenangan semakin tiba...
dengan alunan takbir gegak gempita...
tanda menangnya selepas berjuang sebulan lamanya...

sedang semua asyik dan gembira...
aku termenung sendirian penuh tanda tanya...
apakah ada untukku saat kemenangan
sedang aku rebah tewas dalam medan perang dunia??

tuhan..

pada-Mu ku pohon sejuta nur hidayah-Mu...
tetapkan imanku pada-Mu...
tetapkan hatiku dalam jalan-Mu...
hanya pada-Mu aku menyerahkan segalanya...

temukanlah aku dengan kemenanganku...
kemenangan meraih cinta-Mu..."

amiiin... (T____T)...






















hanya pada-Mu... hanya pada-Mu... hanya pada-Mu...
aku serahkan jiwa dan raga dan seluruh isi duniaku...
(T__T)..

Tuesday, September 7, 2010

analisis...




jom kita sama-sama check... tinggal 3 hari je nak puasa... adakah semakin baik?? atau sebaliknya?? huhu... (n__n)...

terase macam jatuh je prestasi berbanding awal ramadhan... (T____T).... dah xde masa nak ganti sume... tinggal 3 hari je...

huuu...

"Pada suatu hari, Nabi SAW naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya. “Kenapa engkau berkata ‘Amin, amin, amin, Ya Rasulullah?”

Nabi SAW bersabda, “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’, kemudian Jibril berkata lagi, ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin”."


(Hadis riwayat al-Bukhari, al-Adab al-Mufrad)

kenapa??

saat ketika mata ingin terlelap... fikiranku menerawang jauh... aku terimbas kembali saat dalam kereta miliknya... seorang sahabat yang aku sayang... teringat kembali dialog aku dengannya


"buat ape la korang buat sume ni??"


hatiku terkejut... saat itu... terasa seperti seketul batu melayang tepat ke arah kaca hati ini... retak seribu... mataku mula bergenang dengan titisan jernih... satu titis darinya terjatuh membasahi pipi... aku cuba menahan yang lain dari ikut bersama...


aku bersalam dengannya... cuma mataku kupalingkan tidak memandang tepat ke anak matanya... aku tak mahu dia melihat mata aku basah... seorang sahabat yang bagiku sudah aku anggap seperti seorang abang... seorang abang yang aku hormat dan sayang... berkata seperti itu...


ya.. hatiku remuk... terkejut dengan apa yang terjadi... satu ikatan yang terbina dulu... yang aku rasa kuat dan kukuh dahulu... goyah rupanya... saat aku membuka pintu kereta... aku terus meluru ke kereta sahabatku yang di hadapan yang ingin turut serta dalam perjalanan malam tu...


aku senyap tak berkata... tak lama... hanya beberapa detik... empangan air mata tak terdaya menakungnya... satu persatu titis air mata tumpah... lama kelamaan semakin deras dan laju... kali ini aku tidak menahannya lagi... aku menangis semahunya... aku keluarkan segala yang telah aku tahan... mungkin bagi seorang lelaki... satu perkara yang memalukan... aku bukan begitu... air mataku murah demi satu persahabatan... salahkah??


satu persahabatan yang bagi aku satu permata berharga tiada tara nilainya... tak dapat diganti dengan mana-mana permata zamrud atau intan yang lainnya... yang bagiku juga kukuh seperti permata... rupa-rupanya ia retak hanya kerana batu tepi jalan yang murahnya tidak boleh dinilai dengan si batu permata itu...


kenapa?? mengapa?? bagaimana?? apa yang sebenarnya berlaku?? hujan soalan membasahi ruang akal dan kalbu... benak akalku menyalahkan keadaan... hatiku memaksa aku pasrah dengan ketentuan... imanku pula mengatakan aku perlu mempertahankan...

apa yang perlu aku pilih?? buntu!!! tepu otakku... tak terdaya rasa bahu memikulnya... cukup dengan satu hubungan ukhwah yang terbina retak seribu... datang pula ujian yang sama datang menghukum... mungkin akan ada lagi... aku tak tahan lagi memikul dan menggalasnya...

fitnah ini terlalu besar... mungkin fitnahnya tidak tertuju pada aku... tapi fitnah itu tak patut berlaku an dibangkitkan... ya ia merebak seperti wabak... berjangkit pada jiwa... apakah kita terlalu buta untuk membezakan mana satu buruk dan mana satu baik?? kadang-kadang kita cuba berlakon jadi baik semata untuk menutup perkara buruk yang kita lakukan...

mungkin bagi kita perkara itu baik... tidak salah...akal yang tinggi ditambah dengan kematangan dan kedewasaan yang banyak mengajar cuba menutup fakta dan hukum suatu perkara yang sememangnya sudah tahu salah dan tidak dibenarkan... kenapa?? hanya kerana satu perkara... hanya kerana hati sedikit terluka... satu tali persahabatan kita putuskan??

kerana perasaan cinta pada dakwah... cinta pada agama... dan yang paling utama... cinta pada sahabatnya... dia menggadaikan segalanya...

adakah adil bagi kita untuk menghukumnya hanya kerana satu kesilapan kecil?? adakah adil bagi kita hanya kerana satu keputusan ia menyebabkan retak segalanya?? apa yang sebenarnya kita mahukan??

bermacam jalan aku fikirkan... bermacam penyelesaian aku cuba bina... penat sudah kerahkan otak ini... lelah... hanya kerana ingin menyelamatkan satu persaudaraan...

aku sudah tidak tahan... kini aku akan berjuang apa adanya... ya... aku tak akan berhenti disini... aku akan terus berjuang mempertahankan apa yang ada... biarpun tingkah laku aku ini bodoh dan teruk pada pandangan manusia... demi mempertahankan secebis ikatan persahabatan yang bagiku umpama dunia dan syurga bagiku...

tuhan... aku pohon pada-Mu... agar diriku diberi kekuatan untuk menempuhnya... tak terdaya bahu ini memikulnya sendirian... ku pinta pada-Mu... agar ditetapkan aku dalam jalan juang-Mu.. jangan pisahkan aku dari cinta-Mu... tuhan... hanya pada-Mu aku serahkan segalanya... amiiin ya rabb...


Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi 
 
sahabat sejati... UNIC...
mahar untuk syurga-Nya bukan murah... memerlukan pengorbanan satu kehidupan... ya...  semua ini mengajar aku dewasa... aku akan terus kehadapan... (n_n)...

sahabat... 

aku mencintaimu kerana-Nya...
aku menyayangimu juga kerana-Nya...
aku merinduimu juga demi redha-Nya...
semoga kita tetap dalam jalan juang-Nya..
menempuh onak liku bersama...
merasa saat pahit manis bersama...
semoga redha dan rahmat-Nya menaungi kita...
cinta dan sayangku untukmu yang bernama sahabat dan teman yang tercinta...
(n_n)...

kehidupan...

sedar x sedar... tinggal 3 hari je lagi... ya... ramadhan akan meninggalkan kita setelah menemani kita selama sebulan lamanya... dan kita akan ditinggalkan selama sebelas bulan... ya... sebelas bulan kita terpaksa menunggu untuk hadirnya ramadhan yang akan datang...

malam ini malam yang ke-28... tinggal 2 malam sahajaa lagi yang untuk kita... semoga kita memanfaatkan sebaik mungkin malam ramadhan... mengejar keampunan... melatih keikhlasan... membina iman dan peribadi tinggi... melengkapkan diri dengan rasa rendah diri sebagai seorang hamba....

malam ni... aku cuba mengisi blog yang dah berape lame ntah aku tinggalkan... 27 hari ramadhan berlalu... seribu satu memori yang tercipta... merasa manisnya kehidupan... merasa saat pahit dan kelatnya akan mengenal erti dan makna sebenar kehidupan...

aku banyak mengenal mereka yang hebat-hebat... huhu... kakak aku along dan angah... abang ali... abang peja... masing-masing sudah punya pengalaman dalam menempuh kehidupan... melihat mereka berjuang... cara setiap dari mereka berbeza... aku banyak belajar dari diorang...

how to deal with life... for me... it was a hard course to take... even maybe for other people they might think this is not important... n maybe for them just live happily like you wanted n choose whatever you want as long you be happy and not bother others...

but for me... I consider this as a core element in my life... because... my life... is everyone life... I cannot say that, your life is yours.. and my life is mine... i care what is mine... and you care what is yours... ever heard that quote?? always right?? and for me that is wrong...  why??

ingin saya bertanyakan satu soalan... adakah dunia yang kita duduki ini dimiliki kita seorang sahaja?? adakah bumi ini hanya kita seorang sahaja yang memijaknya?? bolehkah kita hidup sendirian??

jawapannya?? anda sendiri tahu... malas untuk aku menjawabnya... huhu... mungkin korang pernah dengar orang bercakap mereka tak kisah dengan hidup orang lain... tapi dalam hati mereka... dalam hidup mereka.. mereka banyak bercerita dan memikirkan hidup orang lain dari hidup mereka sendiri...

"daaaah... who cares??"... acap kali aku terdengar kata sinis itu... tapi dalam hati mereka... mereka lebih memikirkannya dari orang lain... perlukah hipokrit dalam berhipokrit?? kadang2 kita ingin menipu orang lain... tapi kita menipu diri sendiri...

ya... sukar untuk hidup bersendirian di atas muka bumi ni... ya... mungkin mustahil untuk itu... sememangnya mustahil... pada akhirnya... kita tetap akan mencari teman dalam hidup... tempat meluah segala... tempat berkongsi rasa... tempat berteduh dan berlindung... tempat untuk mencari penyelasaian dan segalanya...

pernah hari-hari suram... kadang-kadang hujan menyinggah... kadang-kadang gelap tanpa cahaya... terasa buta seketika... aku pernah merasa dipijak... dicalar... diluka... pernah hatiku remuk pecah... pernah aku merasa dibuang oleh orang yang aku gelar sahabat... pernah aku rasa pandanganku dicemuh kerana dianggap kerdil dan tidak layak berkata-kata... menangis?? jangan dikira berapa... entah diri ini tidak membilangnya kerana tak mampu sebab banyaknya tak terkata...

tapi bagiku itu semua satu proses pembelajaran... membuat aku lebih dewasa dan matang dalam berfirkir dan membuat keputusan dan kehidupan... ya... bila aku melihat ketabahan orang lain dengan berdepan mehnah dunia... buat aku lebih kuat dan bermotivasi dalam kehidupan...

hanya pada Allah aku meminta kekuatan dalam menempuh jalan-Nya... memang sukar... onak dan duri yang menghalangi tak tertanggung lagi menahannya... sakit dan pedihnya... hanya Dia yang mengetahuinya... yang aku mampu... berserah diri dan meminta kekuatan kerana Dialah tempat segalanya aku meminta... Tuhan... bantulah aku... aku lemah tanpa-Mu...


Thursday, August 26, 2010

cinta teragung... (T____T)

video


لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الْحَبِيبْ
…Kalaulah kekasih itu (Nabi) ada di sisi kita (zaman kita), …
لَدَنَى الْقَاصِي وَالْقَرِيبْ
… nescaya yang jauh dan dekat akan menghampiri…
مِن طَيْبَةَ قَبْلَ الْمَغِيبْ
… Thaybah (Madinah) sebelum kematian mereka…
طَالِبًا قُرْبَ الْحَبِيبْ
…Demi memohon supaya didekatkan dengan Nabi….
بِقُرْبِهِ النَّفْسُ تَطِيبْ
…Dengan mendekatinya jiwa ini akan menjadi baik …
وَتَدْعُو اللهَ يُجِيبْ
… dan menyeru Allah supaya menjawab (baginya)….
أَنوَارُ طَهَ لاَ تَغِيبْ
…Segala cahaya Thoha (Nabi) itu tidak akan lenyap.
بَلِّغْنَا لِقَاهُ يَا مُجِيبْ
…Sampaikan kami bertemu dengannya wahai Maha Penerima doa…
فَذَكَّرُوا فِيَ الْحَبِيبْ
…Maka ingatlah aku ini wahai kekasih (Nabi)…
مُحِمَّدٌ مُكْرِمَ الْغَرِيبْ
…Iaitu engkaulah wahai Muhammad yang memuliakan orang asing…
بِقُرْبِكَ الرُّوحُ تَطِيبْ
…Dengan mendekatimu, roh ini akan menjadi baik…
يَا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينْ
…Wahai rahmat ke seluruh alam…

Habibuna…
hati ini merinduimu…
Sollu ‘alaih….

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat.
Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w.
Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw.
Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?"
Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi.
Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..
ingin bersamamu, Ya Rasulullah!