Pages

Pesanan khidmat ringkas dari ~Hati~

(n_n)v


Monday, July 12, 2010

duhai hati...



duhai hati...

janganlah kau bersedih...
kerana sedih itu membuat hatimu kering...
kering tanpa sebarang harapan...
untuk mengukir senyuman kegembiraan...



duhai hati...

janganlah kau meratapi hidup susahmu...
kerna diluar sana masih ada banyak lagi...
orang yang jauh lagi susah darimu...
terpakse berkais hanya untuk mencari sesuap nasi...

 duhai hati...

janganlah kau menangis kerana cinta...
kerana cinta itu bukan penuh dengan kekecewaan...
tapi ianya pintu harapan kebahagiaan...
andai yang dikejar itu adalah cinta tuhan...





















duhai hati...

janganlah kau putus asa dengan hidupmu...
kerna nabi tidak mengajarmu hidup begitu...
kerana putus asa itu mampu mematikan...
hati dari menerima cahaya dari tuhan...


duhai hati...

gembiralah... cerialah... bersukalah...
warnakanlah hidupmu dengan senyum tawa...
menangislah... sedihlah...  berdukalah..
hanya dengan titis air mata taubat untuk ke syurga...


budakkecik90
(n_n)v...

0 comments: