Pages

Pesanan khidmat ringkas dari ~Hati~

(n_n)v


Friday, July 16, 2010

mahabbah Gaza... memoir perjuangan...



(bersama junior yang senantiase bersemangat... ^^)

saat semue orang sedang bergembira menyambut pesta bola piala dunia dengan peringkat final yg hampir menjelang... sedang manusia seluruh dunia sedang asyik menonton sebiji bola ditendang di atas padang yg rumputnya menghijau... sedang setiap yg menonton bersorak kegembiraan menangnya pasukan pilihan... saat itulah ade titis air mata yang jatuh lantaran kesedihan atas apa yang berlaku kepada saudara seagama mereka di gaza...

saat itu... ribuan penyokong tanah palestina memenuhi ruang yang ada di stadium melawati shah alam pada malam 10 hb julai 2010... biar jauh berjalan untuk sampai ke stadium melawati... semata2 untuk menunjukkan rasa cinta kepada tanah palestina dan keprihatinan mereka tentang saudara mereka di sana... sedang sume manusia lain lupa... saat itu mereka mereka masih sedar dan ingat akan nasib saudara mereka di sana...

malam itu... titisan air mata jernih jatuh ke bumi... tertunduk sayu mereka yang hadir... menghayati setiap perjuangan saudara mereka di bumi palestina tercinta... merah muka menahan marah... getapan bibir jelas terlihat pada raut muka pejuang cinta tanah suci itu mengingatkan kekejaman suatu bangsa yang dilaknat tuhan ke atas saudara mereka...

menggetap bibir... menahan marah dan geram... menangis kesedihan lantaran lemahnya diri tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu... adakah itu sahaja yang kita boleh lakukan?? tidak wahai saudara... walaupun kita tidak mampu membantu mereka... perjuangan kita di sini belum selesai... perjuangan melawan hawa nafsu... perjuangan menundukkan ego dan sifat amarah... membina suatu kekuatan ummah... kekuatan yang tidak mampu diterobos oleh serangan halus musuh2 Allah...

perjuangan kita belum selesai... sekiranya kita hanya dapat membantu dari segi kewangan dan makanan... itu sudah lebih dari cukup... akan tiba masa kita akan berjuang di medan jihad mengangkat pedang... akan tetapi perjuangan kita di sini belum selesai... kita perlu menang di medan juang ini dahulu sebelum berangkat ke medan jihad di sana... umat islam di sini memerlukan kita... teramat memerlukan... jika di sana nyawa jadi gadaian.. tetapi syurga menanti mereka di sana... tetapi di sini.. andai nyawa jadi gadaian... adakah syurga itu pasti untuk kita??

lihatlah betapa lekanya anak-anak kita dengan piala dunia... sehingga terlupa akan nasib saudara seagama mereka di sana... lihatlah betapa leka kita dengan hiburan dan kesenangan dunia.. hingga lupa akan status iman kita... lihatlah betapa kita suka dengan kenikmatan dan rezeki yang melimpah ruah... hingga kita lupa... agama kita tergadai hanya untuk mendapatkan nikmat yang sementara cuma...

perjuangan... bukan sahaja hanya mengangkat pedang... tetapi perjuangan... menuntut akan suatu pengorbanan... mengorbankan apa yang ada demi Allah dan agamaNya yang tercinta... memoir pejuangan gaza... bukan hanya untuk mengingati perjuangan jihad sahabat dan saudara kita di sana... tetapi suatu peringatan kepada... akan erti hidup perjuangan yang sebenar... berjuang bukan kerana bangsa.. berjuang bukan kerana pangkat dan harta... berjuang bukan kerana nama... tapi perjuangan kerana ~CINTA~ pada Allah dan RasulNya... itu perjuangan kita...



oh tuhan... perjuangan kami di muka bumi ini adalah untuk menegakkan kalamMu... jangan kau pisahkan kami dari jalan juang ini... jangan kau pisahkan kami dari landasan juang yang kau telah pasakkan kami pada mulanya... jangan hanya kerana kami lupa kerana nikmat dunia... Engkau pesongkan haluan kami hingga kami tersesat di persimpangan dan buntu mati di hujung jalan... Engkau tahu kami perlukanMu ya Allah.. maka dengan hina dan rendah diri... kami pinta agar Engkau tetapkan hati kami agar sentiase di jalanMu Ya Allah... sesungguhnya Engkau maha Pengampun dan maha Pemberi hidayah...

amiin ya rabbal alamiin...

0 comments: