لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الْحَبِيبْ
…Kalaulah kekasih itu (Nabi) ada di sisi kita (zaman kita), …
لَدَنَى الْقَاصِي وَالْقَرِيبْ
… nescaya yang jauh dan dekat akan menghampiri…
مِن طَيْبَةَ قَبْلَ الْمَغِيبْ
… Thaybah (Madinah) sebelum kematian mereka…
طَالِبًا قُرْبَ الْحَبِيبْ
…Demi memohon supaya didekatkan dengan Nabi….
بِقُرْبِهِ النَّفْسُ تَطِيبْ
…Dengan mendekatinya jiwa ini akan menjadi baik …
وَتَدْعُو اللهَ يُجِيبْ
… dan menyeru Allah supaya menjawab (baginya)….
أَنوَارُ طَهَ لاَ تَغِيبْ
…Segala cahaya Thoha (Nabi) itu tidak akan lenyap.
بَلِّغْنَا لِقَاهُ يَا مُجِيبْ
…Sampaikan kami bertemu dengannya wahai Maha Penerima doa…
فَذَكَّرُوا فِيَ الْحَبِيبْ
…Maka ingatlah aku ini wahai kekasih (Nabi)…
مُحِمَّدٌ مُكْرِمَ الْغَرِيبْ
…Iaitu engkaulah wahai Muhammad yang memuliakan orang asing…
بِقُرْبِكَ الرُّوحُ تَطِيبْ
…Dengan mendekatimu, roh ini akan menjadi baik…
يَا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينْ
…Wahai rahmat ke seluruh alam…
Habibuna…
hati ini merinduimu…
Sollu ‘alaih….
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat.
Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w.
Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw.
Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?"
Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi.
Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..
ingin bersamamu, Ya Rasulullah!